Thursday 16 January 2014

Lokasi Perkahwinan: Kenduri di Dewan atau di Rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi tips dan faktor-faktor samaada kenduri dan majlis walimah anda sesuai atau tidak diadakan di dewan ataupun di rumah.

Di dalam memilih lokasi perkahwinan, perkara-perkara berikut adalah antara beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:

  • Adakah tempat/lokasi yang ingin diadakan iu senang ditemui dan berdekatan dengan majoriti tetamu jemputan anda. Tempat yang tersorok akan menyebabkan tetamu anda mudah sesat walaupun ada peta disediakan di kad jemputan anda. Ini juga akan membebankan anda sekiranya ramai tetamu yang menelefon anda ketika majlis berlangsung kerana tidak menjumpai lokasi perkahwinan anda.
  • Kapasiti dan ruang - Jika anda memilih untuk mengadakan kenduri dirumah, adakah keluasan jalan boleh memuatkan khemah antara 5-7 buah? Adakah kedudukan khemah akan menghalang lalu lintas kerana terletak di jalan utama?
  • Tempat meletak kenderaan - Adakah tempat tersebut mempunyai tempat letak kereta yang cukup? Jika taman perumahan anda memiliki jalan yang kecil, lebih baik majlis diadakan didewan kerana kebiasaannya dewan memiliki tempat meletak kenderaan yang mencukupi.

Majlis Walimah di Rumah

Antara kelebihannya:
  • Majoriti jemputan mengetahui rumah kita. Jadi senang untuk mereka datang ke majlis walimah berbanding jika kita mengadakan majlis di tempat lain.
  • Kos adalah lebih murah sekiranya jemputan tidak melebihi 1,000 orang. Kos untuk sebuah khemah di kawasan Parit buntar adalah sekitar RM 150 - RM 200 sebuah. Itu termasuk meja dan kerusi.
  • Jika jemputan anda 1,000 orang, ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 buah khemah. 1 buah untuk pengantin dan 5 buah lagi untuk tetamu. Kiraan: RM150 x 6 buah khemah: RM900

Majlis Walimah di Dewan

Antara kelebihannya:
  • Ruang yang lebih luas dan boleh menampung tetamu yang lebih ramai pada satu-satu masa. Contohnya jika di kawasan Parit Buntar, terdapat beberapa dewan yang boleh disewa. Antaranya:
      • Dewan Sri Kerian (Parit Buntar Inn) - Mampu menampung 25 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
      • Dewan Merdeka - Mampu menampung antara 40-45 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
      • Dewan Kerian Permai - Mampu menampung antara 40-50 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
  • Tempat meletak kenderaan yang lebih banyak dan lokasi yang strategik. Sebagai contoh, Dewan Kerian Permai mempunyai tempat letak kereta yang luas (50-80 buah kereta). Manakala Dewan Sri Kerian dan Dewan Merdeka pula terletak di tengah-tengah bandar dan mudah untuk dikunjungi.
  • Kos penggunaan dewan adalah berbeza mengikut kawasan, keperluan majlis dan masa penggunaan. Ini adalah contoh jadual caj yang dikenakan untuk dewan dibawah selian Majlis Daerah Kerian (www.mdkerian.gov.my).

Bil
Perkara
Kadar sewaan
Kuantiti
RM
 1.
 Dewan Merdeka
 RM   60/65(1 jam)


 2.
 Dewan Seri Kerian
 RM   40/45(1 jam)


 3.
 Dewan Komuniti Bagan Serai
 RM   40/45(1 jam)


 4.
 Dewan Kerian Permai
 RM 100.00(1 jam)


 5.
 Gelanggang Badminton(termasuk ot 2jam)
 RM 33.00  (2 jam)


 6.
 Kerusi VIP
 RM 1.00    (1 unit)


 7.
 Longe Chair
 RM 5.00    (1 unit)


 8.
 Meja kopi
 RM 2.00    (1 unit)


 9.
 Meja Empat Segi (3x3)
 RM 3.00    (1 unit)


 10.
 Meja Bulat untuk 8 orang
 RM 3.00    (1 unit)


 11.
 Meja Panjang (8x4)
 RM 6.00    (1 unit)


 12.
 Kerusi Plastik
 RM 0.50    (1 unit)


 13.
 Rosrum
 RM 6.00    (1 unit)


 14.
 Khemah (18x18)
 RM 70.00  (1 unit)


 15.
 Pokok Bunga
 RM 2.00    (1 pokok)


 16.
 Bilik VIP (Dewan Merdeka)
 RM 30.00  (1 jam)


 17.
 P.A Sistem
 RM 100.00(1 unit)


 18.
 Alas Meja
 RM 3.00    (1 helai)


 19.
 Kain Skirting
 RM 10.00  (1 helai)


 20.
 Kain Lilit Tiang
 RM 10.00  (1 helai)


 21.
 Papan Putih
 RM 10.00  (1 unit)













  Elaun Lebih Masa Pekerja ( RM 6.50 x      Jam )
  Perkhidmatan sebelum dan selepas mengunakan dewan  RM 200.00
 
Untuk mendapatkan tips-tips tentang perkahwinan, anda boleh "LIKE" FanPage kami di: www.facebook.com/HjSaniCatering

Hj Sani Catering
"Masakan Ikhlas Dari Hati"
013-488-3285

No comments:

Post a Comment