Sunday 29 June 2014

Rakaman Ceramah Perdana Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz

Assalamualaikum w.b.t... Pada bulan Februari yang lalu, Hj Sani Catering™ (http://www.facebook.com/HjSaniCatering) telah menganjurkan Ceramah Perdana bertempat di Dewan Masyarakat Taman Sri Semarak, Parit Buntar. Alhamdulillah, kehadiran sangat-sangat menggalakkan. Kita berjaya menghimpun lebih dari 7ribu penduduk sekitar untuk datang dan mendengar ceramah pada malam itu. Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil oleh Photographer kami; En. Zulhilmi Harman (https://www.facebook.com/KembaraIndahPhotographer):

Majlis dimulakan dengan Selawat beramai-ramai di ketuai oleh Imam Surau Tmn Sri Semarak, Tuan Hj. Wahab.

Ustaz Kazim sedang menyampaikan ceramah.

Para petugas keselamatan juga asyik mendengar ceramah yang disampaikan.

Antara tetamu yang hadir.



Sound System dan Lighting dikendalikan oleh Suara Nyaring Ent. (https://www.facebook.com/pages/Suara-Nyaring-PA-System/104656809633436)

Al-Barakah juga ada membuka gerai untuk jualan amal barangan keluaran dari Ustaz kazim.


Wakil dari Hj Sani Catering™ bersama Suara Nyaring Ent.

Disini kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penaja-penaja dan penyumbang untuk kelancaran majlis Ceramah Perdana ini. Insyaallah tahun depan kita akan anjurkan sekali lagi.

Ini adalah link Video Ceramah yang dirakam:




Ceramah Perdana "Kasih Ibu Hingga Ke Syurga"
Anjuran : Hj Sani Catering (www.facebook.com/HjSaniCatering)
Tempat : Dewan Masyarakat Taman Seri Semarak
Tarikh : 11 Februari 2014

Anjuran Bersama : Persatuan Penduduk Tmn Seri Semarak
Dengan Kerjasama : Majlis Daerah Kerian (MDK) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Official Sound System: Suara Nyaring
(
https://www.facebook.com/pages/Suara-Nyaring-PA-System/104656809633436)

Official Photographer: Kembara Indah Photographer
(
https://www.facebook.com/KembaraIndahPhotographer)

Penaja Bersama: 

Mama Herda Delights - Taman Wawasan Parit Buntar
(https://www.facebook.com/mamaherdachoccakeMHCC)

Maula Honey (https://www.facebook.com/maulahoney)

Multi-Millionaire

Non Pak Ali Station Parit Buntar

HY Canopy

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.


Hj Sani Catering™
"Masakan Ikhlas Dari Hati"
013-488-3285


Wednesday 25 June 2014

[Waktu Sahur & Berbuka] Takwim Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan kali ini. Seperti biasa, kita mesti nak tahu waktu sahur dan berbuka kan? Disini saya kongikan waktu sahur & berbuka untuk kawasan ZON  SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR  DAN KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.


(Klik pada gambar untuk besarkan atau Klik untuk Save As)

Link untuk terus download Takwim: http://goo.gl/iUv86i

Kami di Hj Sani Catering™ ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan kita dibulan mulia ini.

Monday 2 June 2014

Testimoni Pelanggan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, minggu ini kami berjaya mengendalikan 6 kenduri di sekitar Parit Buntar, Juru dan Nibong Tebal.. Ini adalah antara komen yang kami dapat dari pihak tuan rumah:



Tuesday 21 January 2014

Ceramah Perdana Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz

#‎MajlisAgama2014: Assalamualaikum w.b.t... Kami Hj Sani Catering bersama Persatuan Penduduk Tmn Seri Semarak ingin menjemput tuan/puan ke Ceramah Perdana pada 11 Februari 2014 bertempat di Dewan Masyarakat Taman Seri Semarak, bermula jam 8.45 malam. Selamat menuntut ilmu  - www.facebook.com/HjSaniCatering 


Thursday 16 January 2014

Lokasi Perkahwinan: Kenduri di Dewan atau di Rumah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi tips dan faktor-faktor samaada kenduri dan majlis walimah anda sesuai atau tidak diadakan di dewan ataupun di rumah.

Di dalam memilih lokasi perkahwinan, perkara-perkara berikut adalah antara beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:

  • Adakah tempat/lokasi yang ingin diadakan iu senang ditemui dan berdekatan dengan majoriti tetamu jemputan anda. Tempat yang tersorok akan menyebabkan tetamu anda mudah sesat walaupun ada peta disediakan di kad jemputan anda. Ini juga akan membebankan anda sekiranya ramai tetamu yang menelefon anda ketika majlis berlangsung kerana tidak menjumpai lokasi perkahwinan anda.
  • Kapasiti dan ruang - Jika anda memilih untuk mengadakan kenduri dirumah, adakah keluasan jalan boleh memuatkan khemah antara 5-7 buah? Adakah kedudukan khemah akan menghalang lalu lintas kerana terletak di jalan utama?
  • Tempat meletak kenderaan - Adakah tempat tersebut mempunyai tempat letak kereta yang cukup? Jika taman perumahan anda memiliki jalan yang kecil, lebih baik majlis diadakan didewan kerana kebiasaannya dewan memiliki tempat meletak kenderaan yang mencukupi.

Majlis Walimah di Rumah

Antara kelebihannya:
  • Majoriti jemputan mengetahui rumah kita. Jadi senang untuk mereka datang ke majlis walimah berbanding jika kita mengadakan majlis di tempat lain.
  • Kos adalah lebih murah sekiranya jemputan tidak melebihi 1,000 orang. Kos untuk sebuah khemah di kawasan Parit buntar adalah sekitar RM 150 - RM 200 sebuah. Itu termasuk meja dan kerusi.
  • Jika jemputan anda 1,000 orang, ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 buah khemah. 1 buah untuk pengantin dan 5 buah lagi untuk tetamu. Kiraan: RM150 x 6 buah khemah: RM900

Majlis Walimah di Dewan

Antara kelebihannya:
  • Ruang yang lebih luas dan boleh menampung tetamu yang lebih ramai pada satu-satu masa. Contohnya jika di kawasan Parit Buntar, terdapat beberapa dewan yang boleh disewa. Antaranya:
      • Dewan Sri Kerian (Parit Buntar Inn) - Mampu menampung 25 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
      • Dewan Merdeka - Mampu menampung antara 40-45 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
      • Dewan Kerian Permai - Mampu menampung antara 40-50 buah meja dengan kapasiti 8 orang setiap meja.
  • Tempat meletak kenderaan yang lebih banyak dan lokasi yang strategik. Sebagai contoh, Dewan Kerian Permai mempunyai tempat letak kereta yang luas (50-80 buah kereta). Manakala Dewan Sri Kerian dan Dewan Merdeka pula terletak di tengah-tengah bandar dan mudah untuk dikunjungi.
  • Kos penggunaan dewan adalah berbeza mengikut kawasan, keperluan majlis dan masa penggunaan. Ini adalah contoh jadual caj yang dikenakan untuk dewan dibawah selian Majlis Daerah Kerian (www.mdkerian.gov.my).

Bil
Perkara
Kadar sewaan
Kuantiti
RM
 1.
 Dewan Merdeka
 RM   60/65(1 jam)


 2.
 Dewan Seri Kerian
 RM   40/45(1 jam)


 3.
 Dewan Komuniti Bagan Serai
 RM   40/45(1 jam)


 4.
 Dewan Kerian Permai
 RM 100.00(1 jam)


 5.
 Gelanggang Badminton(termasuk ot 2jam)
 RM 33.00  (2 jam)


 6.
 Kerusi VIP
 RM 1.00    (1 unit)


 7.
 Longe Chair
 RM 5.00    (1 unit)


 8.
 Meja kopi
 RM 2.00    (1 unit)


 9.
 Meja Empat Segi (3x3)
 RM 3.00    (1 unit)


 10.
 Meja Bulat untuk 8 orang
 RM 3.00    (1 unit)


 11.
 Meja Panjang (8x4)
 RM 6.00    (1 unit)


 12.
 Kerusi Plastik
 RM 0.50    (1 unit)


 13.
 Rosrum
 RM 6.00    (1 unit)


 14.
 Khemah (18x18)
 RM 70.00  (1 unit)


 15.
 Pokok Bunga
 RM 2.00    (1 pokok)


 16.
 Bilik VIP (Dewan Merdeka)
 RM 30.00  (1 jam)


 17.
 P.A Sistem
 RM 100.00(1 unit)


 18.
 Alas Meja
 RM 3.00    (1 helai)


 19.
 Kain Skirting
 RM 10.00  (1 helai)


 20.
 Kain Lilit Tiang
 RM 10.00  (1 helai)


 21.
 Papan Putih
 RM 10.00  (1 unit)













  Elaun Lebih Masa Pekerja ( RM 6.50 x      Jam )
  Perkhidmatan sebelum dan selepas mengunakan dewan  RM 200.00
 
Untuk mendapatkan tips-tips tentang perkahwinan, anda boleh "LIKE" FanPage kami di: www.facebook.com/HjSaniCatering

Hj Sani Catering
"Masakan Ikhlas Dari Hati"
013-488-3285

Tuesday 7 January 2014

Set Meja VIP [Rombongan Pengantin]

#Kenduri Kahwin: Set Meja VIP atau Rombongan Pengantin disediakan khas untuk hidangan saudara-mara yang mengiringi pengantin tiba di Majlis Walimah. Setiap set disediakan untuk santapan antara 7-10 orang bergantung kepada jenis dan saiz meja yang disediakan. Ia juga akan siap dilengkapi dengan pinggan, sudu/garfu dan gelas bagi memudahkan tetamu menjamu selera. Untuk pelanggan Hj Sani Catering™, kami menyediakan 2 set Dorm VIP secara PERCUMA untuk anda.

"Masakan Ikhlas Dari Hati"


Friday 3 January 2014

Lauk Kenduri Tak Cukup? Jom baca tips ni...


#TipsKenduriKawin: Jangan UNDERESTIMATE jemputan kahwin/kenduri. Sediakan lebih lauk dan nasi sekiranya anda tergolong dalam ciri-ciri ni:

1. Anak Sulung/Kenduri Pertama
(Kenduri ni selalunya meriah dgn kunjungan ramai adik beradik, saudara-mara, rakan-rakan dari kedua2 belah pihak yang teruja dengan majlis yang kali pertama diadakan)

2. Anak Bongsu/Kenduri Terakhir
(Ini juga akan mengundang lebih ramai jemputan kerana kebanyakkan tetamu yang dijemput akan cuba sedaya upaya utk hadir disebabkan ini adalah kenduri yang terakhir)

3. Anak Ketua Kampung/Pemimpin Tempatan 

4. Artis/pelakon

5. Anak dari Keluarga Besar
(Terutama sekiranya ahli keluarga dan saudara mara tinggal berhampiran atau di semenanjung)

Cara mudah nk elakkan perkara ni berlaku adalah jemput hanya menggunakan Kad sahaja. Contohnya kalau jumlah kad yang dibuat adalah 500keping, jadi anggaran tempahan lauk bolehlah dalam 1000 orang atau 1200 orang...

Hj Sani Catering
013-488-3285
www.facebook.com/HjSaniCatering